Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. /
0 comments (+)
Something to share today... I like it. Take your time to read through.
Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapa mu.
Andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suami mu.
Andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah!
Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu. Ingatlah Hawa janji Tuhan kita.
“Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.”
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan… takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.
Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa. Tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya serta kemampuannya mengoncang iman lelaki.
Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang baik tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.
Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongna jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.
Hawa,
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.
Tolong sampaikan pada si dia...
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya.
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya.
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa.
Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa.
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa.
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya.
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga.
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya.
Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa.
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta.
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya.
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia.
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya.
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya.
Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa.
Tolong sedarkan si dia, Aku masih milik keluarga.
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya.
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana.
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta.
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya.
Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya.
Tolong pesan padanya, aku tak mahu menjadi punca kegagalannya.
Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya.
Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia.
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya.
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku.
Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga.
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya.
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa.
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri.
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.